Rabu, 12 Mei 2010

Dalam dunia perniagaan khususnya, salah satu cabaran yang perlu kita hadapi ialah untuk memotivasikan diri sendiri dalam jangka masa yang panjang. Setiap peniaga khususnya dalam perniagaan internet, mereka tahu apa yang mereka patut lakukan serta cara- cara yang perlu mereka lakukan tetapi mereka tidak mahu melalukannya.
Sebaliknya, mereka gemar untuk terus menerus mencari ilmu lain padahal ilmu yang dipelajarinya sekarang inipun masih belum dikaji. Dalam topik ini, saya tidak akan menyentuh tentang cara -cara untuk mengatasi tabiat berlengah-lengah ini, namun saya akan kongsikan serba sedikit perkara yang saya telah lakukan sebelum ini bagi mengoptimumkan tindakan saya ke suatu tahap yang tinggi.

1. Memberitahu matlamat kepada rakan – rakan serta ibu bapa.
Seperti yang saya sebut dan ulaskan pada artikel sebelum ini, sekiranya kita memaklumkan matlamat serta impian yang kita inginkan kepada ahli keluarga serta rakan – rakan, secara tidak langsung, kita membawa diri sendiri dalam suatu keadaan “MESTI” supaya terus menerus berusaha untuk mencapai impian tersebut. Jelas! Sekiranya kita sebagai usahawan internet melalukan sebegitu, kita mempunyai suatu kuasa desakan POSITIF yang kuat supaya mencapai impian tersebut dalam apa jua keadaan bagi memastikan rakan -rakan serta ibu bapa terus mempercayai tindakan kita. Seperti saya juga, saya memaklumkan kepada rakan -rakan serta ahli keluarga tentang matlamat jangka masa singkat serta jangka masa yang panjang supaya mereka jelas saya mempunyai hala tuju serta impian tersendiri dalam melakukan tindakan terutamanya setelah saya mengambil keputusan keluar dari universiti.

2. Membuat Perancangan 36 Jam
Ok, dalam membuat perancangan yang rapi dan teratur, apa yang saya lakukan ialah mencatatkan 3 langkah proaktif yang perlu saya ambil dalam masa 36 jam selepas menetapkannya. Secara tidak langsung, anda mempunyai penetapan masa untuk menyelesaikan dengan membuat tindakan. Sebagai contohnya, sekiranya anda semua memnetapkan untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan blog dot com, apakah tiga langkah yang perlu ambil dalam jangka masa 36 jam? Anda boleh memilih nama domain yang sesuai , membeli nama domain serta melanggan hosting sebagai 3 langkah yang wajib anda selesaikan dalam masa 36 jam berikutnya. Dengan adanya perancangan jangka masa yang singkat, sememangnya diri berasa bersungguh – sungguh dalam menyiapkan kerja tersebut dan juga mendorong kepada anda untuk meneruskan langkah – langkah yang seterusnya.

3. Bergaul bersama orang yang lebih hebat
Ingin saya tekankan betapa pentingnya sekiranya anda mempunyai kumpulan sahabat yang boleh menyokong dan membantu anda. Seperti berlaku kepada saya juga, suatu ketika dahulu, saya dapati sebab utama kenapa diri saya sendiri hilang hala tuju serta kesungguhan untuk bekerja hilang adalah disebabkan tiada kumpulan yang boleh menyokong serta memberikan idea yang hebat. Sebaliknya, sekiranya kita sering bergaul dengan orang yang senantiasa berbincang tentang masa depan. idea baru perniagaan , saya pasti 100 peratus kita sentiasa berada di jalan yang betul bagi mencapai impian. Bahkan, saya tekankan perkara ini disebabkan orang yang berada di sekeliling kita mempengaruhi kepercayaan, nilai dan cita – cita kita. Oleh itu , saya cadangkan carilah rakan yang mempunyai matlamat dan impian yang sama iaitu yang terus menerus mencari dan berusaha untuk menggapai satu impian, bukan rakan yang sering membuang masa dan tiada perancangan hala tuju masa depan.
Oh, setakat ini saya mempunyai rakan – rakan yang sering berkongsi idea serta sudi untuk duduk bersama-sama menyelesaikan masalah. Bagaimana pula anda?

By: Hasbulaqil.com (Malaysia)

NB: Psst..Saya punya 3 rahasia untuk Anda...KLIK di sini sekarang!

0 komentar:

Posting Komentar